Menu Tab

26 September 2014

Resipi Kek Pandan

ehe! again.
Mintak copy ye akak ( http://nabihahsejutarasa.blogspot.com/ )
Terrrrringin jgk ni nk buat utk befday ibu on October ni. ngeeee

Mintak copy paste sebab nnti lupa blog akak ni . ngeh3

tq :)

Resepi asal : Dapur Kecilku
Di modified : Nealopah

Kek Span Pandan

Bahan-bahan :
150gm tepung gandum ( ayak dulu yer)
1 tsb baking powder ( ayak jugok)
5 biji telor gred B
100gm gula kastor
1 tsb ovallete 
50 ml susu segar/ susu cair 
1 tsp esen vanilla * nealopah guna esen pandan
Perisa pandan dan pewarna hijau
50 ml minyak masak * nealopah guna minyak jagung.

( Kalau nak mudah, beli jer spongemix kat kedai kek) 

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak .
Pukul dengan kelajuan maksimum selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati
Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Nak yang bulat ke 4 segi ke tak kisah lah kan?  Tuang adunan
Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. 
Biar sejuk.
Setelah sejuk, potong kek tersebut kepada 3 bahagian (potong leper yer) 

* Biasanya nealopah akan biarkan semalaman kek sebelum ke step seterusnya. 

                                                       Merekah kek pandan Ku. hehehehe
Potong 3 bahagian mcmni yer
(pinjam pic sweetvanilla)


KASTAD PANDAN


Bahan-bahan:

1200ml santan atau susu cair *nealopah guna fresh milk 

1 cawan gula kastor
10 gm serbuk agar-agar *nealopah guna jenama nona
100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
 Secubit garam

Perisa pandan dan pewarna hijau
(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. 
Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer
Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek. 
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer
 kastard yang di masak jgn terlalu cair atau pekat


CARA MELAPIS KEK KASTAD

Sediakan loyang.. kalau boleh biarlah sedikit besar dari size kek.
Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi. Ulang proses tadi, tuang sedikit kastad lagi dan ratakan dan letakkan kek. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Picitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.Buat hingga habis kesemua lapisan kek habis. Pastikan lapisan atas sekali adalah kastad yer! 
Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Masukkan kedalam peti sejuk.Biar kastad sejuk dan keras.

Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.

Hias ikut suka. Bole selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering. (nealopah taburkan kelapa kering ajer) cream2 tak mau yer!
Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk

 jemput makan.. 

JANGAN LUPA MENCUBA YER!

No comments: